EPL: Chelsea sedia menang cara ‘hodoh’

Football
12 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Chelsea sedia menang cara ‘hodoh’

LONDON – Chelsea berada dalam keadaan terbaik ketika ini menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Hull City yang dijadualkan berlangsung di Stamford Bridge malam ini.

Ia susulan kemenangan besar dicatat The Blues ketika mem­belasah Leeds United 6-3 pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) kelmarin, sekali gus meneruskan kemaraan ke pusi­ngan seterusnya.

Pengurus Chelsea, Xabi Alonso berkata, beliau gembira de­ngan jaringan besar yang dilakukan skuad kendaliannya, namun memberi amaran bahawa mereka juga perlu bersedia untuk menang dengan cara ‘hodoh’.

“Mungkin masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap pasukan ini. Kami masih perlu bekerja keras bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada kerana kami mahu mendapatkan kestabilan dalam pasukan.

“Kami juga perlu lebih kebal di bahagian pertahanan kerana kadang-kadang kami perlu menang perlawanan dengan cara ‘hodoh’ tanpa menjaringkan banyak gol. Kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Setakat ini, Chelsea sudah meledak 16 gol dalam lima perlawanan meliputi semua pertandi­ngan dan ia membuktikan betapa ampuh jentera serangan The Blues, namun mereka juga turut melepaskan 10 gol.

“Kami ada dua perlawanan lagi menentang Hull dan Brentford sebelum liga rehat. Sudah tentu kami mahu mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan tersebut,” ujar Alonso. – AGENSI

The post EPL: Chelsea sedia menang cara ‘hodoh’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved