EPL: Spurs makin terdesak buru kemenangan

FootballSports
12 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Spurs makin terdesak buru kemenangan

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Roberto De Zerbi percaya kemenangan sulung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) mampu mengembalikan keyakinan barisan pemainnya bagi mencapai sasaran yang diletakkan pada saingan musim ini.

Setakat tiga perlawanan awal Liga Perdana, Spurs masih belum mencatat sebarang kemenangan apabila sekadar melakar satu keputusan seri menentang Nottingham Forest selain tewas kepada Brentford dan Newcastle United.

De Zerbi berkata, aksi menentang Everton di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok merupakan satu perlawanan yang sangat penting kerana ia mampu menjadi penentu kepada hala tuju pasukan itu musim ini.

“Saya fikir kami boleh memperbaiki kualiti di bahagian serangan dengan setiap perlawanan selain menonton dan melakukan analisis terhadap prestasi setiap pemain. Ia memerlukan perbincangan.

“Selain itu, memenangi perlawanan juga mampu mening­katkan keyakinan serta semangat juang semua pemain. Sekarang kami hanya perlu bijak buat keputusan, terutamanya ketika berada dalam kotak penalti lawan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan penyerang, termasuk Omar Marmoush dan Dominic Solanke untuk merobek gawang pasukan lawan setiap kali dihidang ­peluang keemasan.

“Pemain-pemain seperti Marmoush dan Solanke me­rupakan penyerang yang sa­ngat berkualiti apabila cergas sepenuhnya. Saya fikir mereka mampu untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 12 hingga 15 gol dalam semusim,” ujar De Zerbi. – AGENSI

The post EPL: Spurs makin terdesak buru kemenangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved