EPL: Fernandez sah milik Man. City

FootballSports
3 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Fernandez sah milik Man. City

LONDON – Manchester City akhirnya menyempurnakan misi dengan melengkapkan perpindahan bintang Argentina, Enzo Fernandez dari Chelsea dengan merekodkan yuran perpindahan termahal Liga Perdana Inggeris.

The Citizens terpaksa mengeluarkan dana sebanyak £125 juta (RM682.2 juta) bagi mendapatkan Fernandez dan jumlah itu menyamai nilai yang dibelanjakan oleh Liverpool ketika mendapatkan khidmat Alexander Isak dari Newcastle United.

Bekas juara dunia 2022 itu mengikat kontrak lima tahun bersama Manchester City dan Fernandez tampil menzahirkan keterujaannya untuk meneruskan karier di Etihad bersama bekas pengurus Chelsea, Enzo Maresca.

“Semua pemain mahu jadi sebahagian daripada kelab seperti Man. City kerana semua orang tahu betapa bagusnya pasukan ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali untuk berada di sini.

“Saya bersedia untuk memberikan cabaran dan membantu pasukan memenangi piala kerana kelab ini dibina untuk memburu kejuaraan,” katanya.

Untuk rekod, Fernandez menyertai Chelsea pada Februari 2023 dari Benfica dengan nilai £107 juta (RM584 juta) dan The Blues menyatakan mahu mencari keuntungan daripada penjualan pemain itu.

Sebelum ini juga, Fernandez yang turut menyatakan kemahuannya meninggalkan Stamford Bridge selepas diejek oleh penyokong The Blues pada aksi pra musim terakhir menentang Real Sociedad dan perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris bertemu Fulham. – AGENSI

The post EPL: Fernandez sah milik Man. City appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved