EPL: Haaland mula dikait perpindahan

Football
30 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Haaland mula dikait perpindahan

LONDON – Penggempur Manchester City, Erling Haaland mula dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Etihad selepas kelab itu didapati bersalah 114 daripada 115 pertuduhan memanipulasi kewangan.

Haaland menjadi antara pemain terbaik dunia sejak perpindahannya bernilai ke Etihad pada 2022 daripada Borussia Dortmund apabila berjaya menjaringkan 169 gol dalam 205 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Berdasarkan prestasi semasa, penyerang antarabangsa Norway itu berada di landasan tepat untuk mengatasi Sergio Aguero sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City, manakala rekod 260 gol Alan Shearer di EPL juga kelihatan semakin terancam.

Untuk mengatasi rekod Shearer, Haaland perlu menghabiskan sebahagian besar baki kariernya bersama City, namun masa depan pemain berusia 26 tahun itu serta beberapa rakan sepasukannya kini tidak menentu berikutan pertuduhan yang sedang dihadapi kelab tersebut.

Bekas pemain tengah Sepanyol, Gaizka Mendieta menjangkakan bahawa Haaland akan meninggalkan kelab sekiranya City disingkirkan daripada EPL dan Liga Juara-Juara, selain menyokong kemungkinan pemain itu menyertai Barcelona.

“Pemain seperti Haaland mahu memenangi trofi. Saya bersetuju bahawa jika dia berpindah, perkara itu boleh berlaku, nilai perpindahannya pasti sangat tinggi.

“Dari segi destinasi, saya boleh membayangkan dia bermain untuk Real Madrid atau Barcelona. Namun, saya merasakan gaya permainan Barcelona lebih sesuai untuknya dan mungkin juga lebih baik untuk kelab tersebut.

“Cara dia membuat larian serta kekuatannya dalam kotak penalti sangat sesuai dengan gaya permainan Hansi Flick. Haaland pastinya tidak mahu kekal di sebuah kelab yang tidak memenangi trofi,” jelasnya. – AGENSI

The post EPL: Haaland mula dikait perpindahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved