EPL: Keinginan Arsenal terbantut

Football
4 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Keinginan Arsenal terbantut

LONDON – Arsenal dilihat gagal dalam misi mereka untuk mendapatkan penyerang berkelas dunia pada jendela perpindahan kali ini sekali gus misi untuk meningkatkan kualiti pasukan itu tidak dapat direalisasikan.

Pemerhati bola sepak England, Jamie Carragher percaya, The Gunners memerlukan seorang penyerang baharu yang mampu memikul status sebagai ‘gamechanger’ untuk memastikan mereka mampu mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pertahanan Liverpool itu mendedahkan bahawa The Gunners melakukan usaha besar untuk mendapatkan bintang Real Madrid, Vinicius Junior serta penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez, namun ia tidak membuahkan hasil.

“Viktor Gyokeres telah menjadi seperti apa yang kebanyakan orang jangkakan ketika dia tiba. Dia belum berada pada tahap elit, tetapi dia masih mampu menjaringkan gol dalam perlawanan tertentu.

“Mereka memerlukan seseorang yang boleh menjadi ‘gamechanger’. Mereka cuba mendapatkan Vinicius Junior, mereka cuba mendapatkan Alvarez. Itulah tahap pemain yang mereka sasarkan.

“Sekarang ini sangat sukar untuk memperbaiki Arsenal kerana mereka merupakan pasukan yang begitu bagus dengan skuad yang sangat kuat. Jadi, satu-satunya pemain yang boleh meningkatkan mereka ialah memiliki pemain bertaraf dunia,” katanya.

Walaupun Arsenal mempunyai barisan pemain antarabangsa yang berkualiti tinggi, Carragher percaya terdapat perbezaan yang jelas antara pemain yang mereka miliki sekarang dengan tahap elit yang mereka cuba dapatkan.

“Tiada gunanya membawa masuk pemain yang tahapnya sama dengan pemain yang mereka sudah ada. Mereka mempunyai lima atau enam pemain di bahagian serangan yang saya anggap sebagai pemain bertaraf ‘tujuh atau lapan daripada 10’,” jelasnya. – AGENSI

The post EPL: Keinginan Arsenal terbantut appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved