
LIVERPOOL – Legenda Liverpool, John Aldridge menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan pasukan itu mengeluarkan belanja yang cukup besar bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Perancis, Bradley Barcola.
Memiliki tanda harga £123 juta (RM670.71 juta), Aldridge menyifatkan pembelian pemain Paris-Saint Germain (PSG) satu pembaziran, terutamanya selepas turut berbelanja besar musim lalu bagi mendapatkan Florian Wirtz dan Alexander Isak.
Beliau berkata, The Reds tidak menunjukkan sebarang peningkatan dari segi prestasi selepas membayar harga yang mahal untuk Wirtz dan Isak sehingga menyaksikan pengurus terdahulu, Arne Slot dipecat.
“Perpindahan Bradley Barcola merupakan salah satu contoh mengenai pasaran perpindahan semasa. Bagi saya, tanda harga itu tidak masuk akal dan tidak mustahil juga selepas ini ada pemain berharga setengah bilion.
“Kemudian, masih ada persoalan mengenai pembelian termahal kami, iaitu Florian Wirtz dan Alexander Isak. Ramai menjangka kami mampu memenangi liga sekali lagi, namun sebaliknya yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Aldridge berharap Liverpool sudah belajar sesuatu daripada urusan perpindahan yang dilakukan kerana menganggap tanda harga tidak melambangkan kualiti seseorang pemain.
“Apabila ada perpindahan berprofil tinggi seperti ini, ramai akan meletakkan harapan tinggi dan saya yakin Liverpool sedang berdepan tekanan. Saya harap mereka mampu buktikan sesuatu musim ini,” ujarnya. – AGENSI
The post EPL: Liverpool buat keputusan silap appeared first on Kosmo Digital.




