
LIVERPOOL: Penyerang sayap Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan mega bernilai sehingga RM670 juta.
The Reds membayar yuran awal RM577 juta kepada gergasi Perancis itu manakala RM92.6 juta lagi boleh dibayar dalam bentuk bonus.
Nilai itu menjadikan Barcola sebagai pemain kedua termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang rakan sepasukan baharunya, Alexander Isak yang dibeli Liverpool dengan harga RM680 juta.
Liverpool kini memiliki tiga daripada lima pemain termahal yang pernah menyertai EPL, dengan Florian Wirtz turut berada dalam senarai selepas menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen dengan nilai RM631 juta.
Bagaimanapun, berdasarkan nilai semasa, Liverpool berjaya mendapatkan Barcola pada harga lebih rendah berbanding tuntutan awal PSG yang dilaporkan mencecah RM789 juta.
Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool dan akan memakai jersi nombor 29.
“Ini satu kebanggaan besar untuk dapat bermain bersama Liverpool. Saya sangat gembira. Ia mengambil masa yang agak lama, tetapi saya benar-benar gembira hari ini kerana akhirnya dapat bermain untuk Liverpool,” kata Barcola.
Barcola yang beraksi di posisi sayap kiri perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam barisan serangan Liverpool yang sudah mempunyai banyak pilihan berkualiti. – AGENSI/UTUSAN
The post Barcola pemain kedua termahal EPL appeared first on Utusan Malaysia.




