EPL: United turun aksi ‘wajib’ menang

FootballSports
20 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: United turun aksi ‘wajib’ menang

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Michael Carrick percaya skuad kendaliannya masih mampu menyelamatkan musim mereka walaupun tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL).

Penyokong United jelas menzahirkan kekecewaan selepas mereka mensia-siakan kelebihan dua gol pada aksi di laman sendiri ekoran tewas kepada Brighton pada pusingan ketiga awal pagi Khamis lalu.

Selepas mengambil alih pasukan yang sedang bergelut pada Januari dan membimbing mereka ke kedudukan ketiga yang mengagumkan pada musim lalu, beliau percaya kualiti asas dalam skuad masih kekal.

“Sudah tentu kami boleh mengubah keadaan. Kami mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus dan keadaan memang terasa buruk ketika ini kerana kami tidak melalui minggu yang hebat.

“Tetapi, itu tidak bermakna kami tidak mampu memenangi satu lagi perlawanan dengan segera. Itulah satu sisi perkara ini. Para pemain sebelum ini sudah menunjukkan kemampuan mereka dan kami sebagai satu kumpulan juga telah melakukannya,” katanya.

Menjelang cuti rehat aksi antarabangsa, Carrick tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan The Red Devils meraih kemenangan pada pertemuan menentang Fulham di Craven Cottage malam ini.

“Kami perlu kembali berada pada rentak yang baik. Semudah itu. Kami perlu memenangi perlawanan dan kami mampu melakukannya. Saya benar-benar percaya kami akan berjaya. Tetapi, sudah tentu, kita perlu melakukannya dengan segera dan perlawanan kali ini adalah permulaannya,” jelasnya. – AGENSI

The post EPL: United turun aksi ‘wajib’ menang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved