ESD Global sasar jualan 100,000 kotak Anggun Singset Koffee

BeautyLifestyle
5 Oct 2026 • 6:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ESD Global sasar jualan 100,000 kotak Anggun Singset Koffee

KUALA LUMPUR – ESD Global Sdn Bhd (ESD Global) pengeluar produk kecantikan, penjagaan diri dan gaya  hidup yang telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu dan berjaya menembusi pasaran Indonesia, kini melangkah ke dalam pembuatan minuman kopi untuk memberi pilihan yang pelbagai kepada penggunanya.

Pengurus Pemasarannya,  Nurul Hidayah Hariri berkata, produk terbaharu syarikat, Anggun Singset Koffee telah mula berada di pasaran sejak bulan September dan mencatat jualan yang menggalakkan.

Menurut beliau, produk tersebut memiliki dua perisa iaitu Latte dan Chocolate, dapat memenuhi selera penggunanya dengan harga jualan RM39.90 sekotak.

Jelasnya,  pengenalan Anggun Singset Koffee merupakan satu lagi langkah penting buat syarikat  dalam usaha mengembangkan rangkaian produk untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini.

“Sasaran awal kami untuk menjual sehingga 50,000 kotak kopi dua perisa ini bakal dicapai kerana sambutannya amat menggalakkan, ia mungkin kerana testimoni pengguna sedia ada yang berkongsi pengalaman positif selepas mengamalkan minuman berkenaan.

“Minuman ini cukup praktikal dan mudah dijadikan sebahagian daripada rutin harian, khususnya kepada pengguna yang semakin menitikberatkan penjagaan diri, penampilan serta gaya hidup yang lebih seimbang,” katanya pada majlis pelancaran produk terbaharu itu di sini semalam.

Turut hadir dua rakan niaga ESD Global adalah Siti Sarah Syarif dan Nur Suci Sukiman.

Anggun Singset Koffee menggabungkan beberapa ramuan antaranya beras perang, bijirin, quinoa, biji kopi hijau dan Garcinia Cambogia, selain ramuan lain yang diformulasikan dalam produk berkenaan.

Bagi varian Latte, antara bahan yang digunakan termasuk serbuk kopi segera, susu tepung skim, guarana, teh hijau, kacang ginjal putih, serat oat, L-karnitin serta biji kopi hijau.

Sementara itu, varian Chocolate menawarkan alternatif kepada penggemar minuman coklat menerusi penggunaan coklat malt dan serbuk koko beralkali, selain gabungan ramuan lain yang turut terdapat dalam formulasi produk berkenaan.

Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Nurul Hidayah mengunjurkan jualan untuk fasa seterusnya adalah sehingga 100,000 kotak dan sasaran jualan tersebut bakal dicapai melalui kejayaan syarikat mengukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, syarikat juga turut membuka peluang kepada rangkaian stokis, ejen dan rakan niaga ESD Global untuk memperluaskan pasaran produk syarikat.

ESD Global percaya kekuatan rangkaian perniagaan yang dibina sejak penubuhannya akan menjadi antara pemacu kepada perkembangan Anggun Singset Koffee di pasaran.

“Kami sangat menghargai kepercayaan dan sokongan semua rakan niaga yang telah bersama-sama membangunkan ESD Global selama ini.

“Anggun Singset Koffee adalah produk yang kami mahu kembangkan bersama. Hari ini kita lancarkan, bersama kita kembangkan dan bersama kita cipta kejayaan,” katanya.

Anggun Singset Koffee diperkenalkan sebagai pilihan minuman harian yang boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada rutin pengguna, seiring dengan pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat. -KOSMO! ONLINE

 

The post ESD Global sasar jualan 100,000 kotak Anggun Singset Koffee appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved