
MEDIA sosial minggu ini dibanjiri dengan pelbagai kisah acara Formula 1 (F1) yang berlangsung di Sepang, Selangor baru-baru ini.
Antara yang hangat diperkatakan dalam media sosial, sudah semesti wajah-wajah tampan pelumba F1 yang berjaya mencuri hati ramai wanita negara ini.
Namun paling menarik apabila ada juga yang menyamakan ketampanan salah seorang pelumba F1 pasukan Mercedes-AMG Petronas, George Russell dengan pelakon Esma Daniel ketika zaman mudanya.
“Kita sebenarnya ada George Russell sendiri tetapi 30 tahun lalu lah,” seloroh seorang pengguna Threads.
Meraih lebih 20,000 tanda suka, perkongsian tersebut menerima maklum balas positif yang rata-ratanya mengakui ketampanan Esma.
“Sebab itulah dia jadi juara Hero Remaja, tampan betul.
“Sudah berusia sekarang tetap kacak,” kata netizen.
The post Esma Daniel rupa-rupanya George Russell Malaysia? appeared first on Kosmo Online.






