“EV Kereta Masa Depan? ‘Standby’ Masuk Neraka Paling Depan” – Individu Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Beli Kereta Elektrik

Cars
21 Jul 2026 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian seorang lelaki yang mempertikaikan dakwaan bahawa kenderaan elektrik atau EV merupakan kereta masa depan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu menasihatkan orang ramai supaya meneliti kemampuan kewangan dan syarat pinjaman terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli EV.

Advertisement

“Aku pergi bank kan, aku nak buat full loan,” katanya sebelum mendakwa pembeli mungkin diminta menyediakan bayaran pendahuluan mencecah puluhan ribu ringgit.

Menurutnya, keadaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan risiko pembiayaan serta nilai jualan semula sesetengah model EV.

“Kereta tu tak laku,” dakwanya.

Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan mengapa kereta petrol dianggap ketinggalan sedangkan kenderaan berkenaan masih mudah digunakan, dibaiki dan dijual semula selepas bertahun-tahun.

“Apa masalah dengan petrol? Benda yang ‘upgrade’, kau lompat lagi dia. Kalau kereta, kau lompat tinggi dia, tak terudum,” katanya menerusi video tersebut.

Lelaki itu kemudian berkongsi pengalamannya menggunakan sebuah kereta Chery yang didakwa sudah berusia sekitar 17 tahun, namun masih boleh digunakan serta disewakan.

Dia turut mendakwa mengenali seorang pemilik EV yang akhirnya kembali menggunakan Honda HR-V selepas berdepan beberapa masalah dengan kenderaan elektrik miliknya.

“Yalah, kereta masa depan. Dia pergi beli kereta, dia dah pakai Honda HR-V. Mana kereta EV dia? Habis masalah,” ujarnya.

Pada penghujung video, lelaki tersebut mendakwa pembeli EV berisiko terus menanggung komitmen pinjaman yang tinggi walaupun tidak lagi mahu menggunakan kenderaan berkenaan.

Selain ituk kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “EV Kereta Masa Depan? ‘Standby’ Masuk Neraka Paling Depan” – Individu Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Beli Kereta Elektrik2026-07-21 13:18:50

"Saya Mahu Menantu Anak Raja, Ada Reputasi Terpuji" - Tunku Azizah Akui Ada Calon Menantu Pilihan Buat Tengku Hassanal

The post “EV Kereta Masa Depan? ‘Standby’ Masuk Neraka Paling Depan” – Individu Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Beli Kereta Elektrik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved