EV Pertama Perodua Dilancar: PM Bangga

LocalCars
1 Dec 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berbangga  dengan  kejayaan  Perodua yang baru sahaja melancarkan kenderaan EV pertama mereka sebentar tadi.

“Bila Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) mengusulkan untuk tetapkan pada September 2023 suatu hala tuju yang jelas menuntut Perodua siapkan unjuran EV, saya rasa sedikit gusar.

image is not available

“Matlamat itu agak bercita-cita tinggi. Mungkin tak cukup kemahiran, kepakaran tempatan, tapi ini sangat berbangga bukan sahaja peluncuran EV, tapi dihasilkan dengan kepintaran usaha dan kegigijan anak tempatan,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik Perodua di ibu negara, pagi tadi.