Evenepoel kembali di puncak

5 Oct 2026 • 11:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Evenepoel kembali di puncak

SLOVENIA: Pelumba Belgium, Remco Evenepoel menebus kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara Kejohanan Eropah 2026 di Slovenia, semalam.

Pemenang pingat emas perlumbaan jalan raya Sukan Olimpik Paris 2024 itu menewaskan pelumba Itali, Giulio Ciccone menerusi foto penamat selepas kedua-duanya mencatat masa sama dalam perlumbaan sejauh 196 kilometer (km).

Rakan senegara Ciccone, Christian Scaroni melengkapkan podium di tempat ketiga, hampir seminit di belakang.

Evenepoel mengakui kemenangan itu cukup melegakan selepas kecewa apabila gagal merebut gelaran dunia pada perlumbaan di Montreal, Kanada, minggu lalu.

“Ini sesuatu yang luar biasa. Saya menyangka saya sudah menang, tetapi anda tidak pernah boleh benar-benar pasti.

“Perlumbaan ini sememangnya sangat sukar buat saya selepas kekecewaan di kejohanan dunia.

“Ini satu kelegaan besar kerana dapat kembali berada pada tahap terbaik hari ini dan melengkapkan koleksi jersi kejuaraan saya. Ia sesuatu yang sangat menggembirakan,” katanya.

Evenepoel, 26, sebelum ini muncul juara dunia pada 2022 selain memenangi emas ujian masa Kejohanan Eropah pada 2019 dan 2025.

Kemenangan di Slovenia itu turut menyaksikan pelumba Red Bull-Bora-Hansgrohe berkenaan melengkapkan koleksi kejuaraan Eropah dan dunia selepas sebelum ini menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Eropah pada 2021 dan tahun lalu. – AFP

The post Evenepoel kembali di puncak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved