
Saingan Formula 1 musim 2026 memasuki era baharu apabila banyak perubahan peraturan diperkenalkan yang dilihat bagi meningkatkan lagi kompetitif perlumbaan ini.
Beberapa peraturan besar diperkenalkan oleh The Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) yang dianggap sebagai era baharu F1 antaranya:
- Semua pasukan diwajib menggunakan power unit dengan 50% kuasa elektrik dan 50% keupayaan enjin.
- Sistem aerodinamik aktif menggantikan beberapa konsep lama seperti DRS. Kereta lebih ringan dan reka bentuk berbeza.
Akibatnya: Banyak pasukan perlu mula semula dari segi pembangunan kereta. Jurang prestasi antara pasukan boleh berubah secara drastik. Berbeza musim 2022–2025, musim 2026 kali ini lebih sukar diramal.
Persaingan pasukan lebih terbuka apabila beberapa pasukan besar dijangka bersaing kuat:
- McLaren – juara pasukan dan Lando Norris juara dunia semasa Formula 1,
- Ferrari - Gabungan Charles Leclerc dan Lewis Hamilton.
- Mercedes – sering kuat apabila peraturan baru diperkenalkan.
- Red Bull – masih memiliki Max Verstappen walaupun prestasi tidak sekuat era dominasi mereka.
Jadi berbanding era: 2021–2023: dominasi Red Bull 2024–2025: persaingan 3 pasukan 2026 berpotensi jadi 4 pasukan atau lebih bersaing.
Grid bertambah dan pasukan baru masuk musim ini juga lebih menarik kerana: Audi masuk sebagai pasukan penuh. Cadillac menjadi pasukan ke-11 di grid. Ini menjadikan: 22 kereta di grid lebih banyak strategi.
Namun terdapat juga kritikan terhadap peraturan baru dengan sebahagian pemandu tidak begitu suka perubahan ini. Sistem pengurusan tenaga sangat kompleks. Pemandu perlu banyak “lift and coast” untuk jimat tenaga. Ada yang kata ia kurang menyerlahkan kemahiran memandu.
Malah Juara Dunia F1 empat kali, Max Verstappen juga telah menyatakan kekecewaaan dan ketidakpuasan hati dengan terhadap hala tuju F1 musim ini.

Verstappen memberi bayangan untuk bersara awal dari Formula 1 kerana beberapa faktor utama yang berkait dengan perubahan besar dalam F1 dan keadaan peribadinya termasuk mendedahkan tidak suka peraturan baru F1 musim 2026 yang memperkenalkan enjin hibrid baharu dengan hampir 50% kuasa elektrik dan lebih banyak pengurusan tenaga semasa perlumbaan.
Musim 2026 bermula agak sukar untuk Verstappen apabila beberapa keputusan perlumbaan tidak begitu baik buatnya. Red Bull tidak lagi dominan seperti era sebelumnya. Dia kini lebih banyak menamatkan perlumbaan di luar podium dan bergelut dengan prestasi kereta dan situasi ini menambah lagi rasa kecewanya terhadap arah sukan itu.
Bagaimana jangkaan anda dalam saingan F1 musim 2026 kali ini? Adakah lebih menarik atau semakin membosankan?
Mohd Fahmi MD (imhaf87@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


