F1: Antonelli mula rasai kesukaran

21 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Antonelli mula rasai kesukaran

AUSTIN – Kimi Antonelli mahu Mercedes lebih terbuka dalam menentukan pelarasan jentera W17 menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat ketika dia semakin hampir merealisasikan impian merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1) pertamanya.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu kini mendahului rakan sepasukan, George Russell dengan kelebihan 102 mata ketika saingan musim ini memasuki fasa penentuan.

Mercedes sebelum ini memperkenalkan pakej naik taraf besar-besaran pada jentera W17 ketika GP Bahrain di Malaysia, namun pasukan itu bergelut untuk mendapatkan prestasi seperti yang diharapkan.

Situasi itu mendorong pasukan berpangkalan di Brackley berkenaan menjalankan ujian perbandingan di GP Singapura apabila Russell kembali menggunakan spesifikasi jentera terdahulu, manakala Antonelli kekal dengan pakej naik taraf berkenaan.

Antonelli mengakui jentera baharu itu masih sensitif terhadap perubahan tetapan, sekali gus menyukarkan usaha untuk mendapatkan prestasi terbaik ketika di litar.

“Apa yang boleh saya katakan adalah amat sensitif terhadap cara saya memandunya, mengambil selekoh serta membrek. Jadi, tindak balasnya sangat berbeza.

“Justeru, saya berharap kami dapat bersikap lebih terbuka dalam menentukan tetapan pada tiga sesi latihan bebas di Austin dan mencari jalan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi pakej ini,” katanya.

Bagaimanapun, Antonelli tetap memuji usaha pasukan Mercedes dalam meningkatkan prestasi jentera itu, sambil menyifatkan perubahan dilakukan sebagai asas penting untuk terus memperbaiki prestasinya.

Dengan kelebihan mata yang dimiliki, Antonelli kini mempunyai peluang cerah untuk memburu gelaran dunia sulungnya, namun kemampuan Mercedes memaksimumkan prestasi W17 bakal menjadi antara faktor penting dalam mengharungi baki perlumbaan musim ini. – AGENSI

The post F1: Antonelli mula rasai kesukaran appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved