F1: Antonelli tamatkan penantian 60 tahun Itali di Monza

8 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Antonelli tamatkan penantian 60 tahun Itali di Monza

MONZA – Kimi Antonelli melakar kemenangan Grand Prix (GP) Itali dengan penuh bergaya apabila pelumba Mercedes itu bangkit dari petak ke-19 untuk menjuarai perlumbaan di Litar Monza, lewat malam kelmarin.

Kejayaan itu cukup istimewa apabila Antonelli mencipta kebangkitan paling menakjubkan dalam sejarah Formula Satu (F1) selain menjadi pelumba ke­dua memenangi perlumba­an selepas bermula di petak ke-19.

Lebih manis, pelumba berusia 20 tahun dari Emilia-Romagna itu menjadi pelumba Itali pertama menjuarai GP Itali sejak Ludovico Scarfiotti melakukannya pada 1966, sekali gus menamatkan penantian 60 tahun.

Antonelli yang dikenakan penalti susulan pertukaran unit kuasa, naik ke tangga ke-12 sebelum perlumbaan dihentikan menerusi bendera merah selepas Charles Leclerc terbabas pada pusingan kedua.

Selepas perlumbaan disambung semula, Antonelli terus me­mintas satu demi satu penca­bar sebelum mengambil alih ke­dudukan pendahulu pada pu­singan ke-18, sekali gus melengkapkan kebangkitan luar biasa dari petak terakhir ke tangga teratas.

Cabaran terbesar hadir pada penghujung perlumbaan apabila Antonelli mengejar rakan sepasukannya, George Russell selepas Mercedes memilih strategi berbeza ketika tempoh Kereta Keselamatan Maya (VSC).

Dengan lima pusingan berbaki, Antonelli cuba memintas rakan sepasukannya itu tetapi terbabas sebelum bangkit semula dan melancarkan serangan kedua dan  akhirnya memintas Russell pada pusingan ke-50 untuk meraih kemenangan di litar ikonik Monza.

“Saya akan mengingati kemenangan ini selama-lamanya. Sokongan peminat memberikan saya tenaga tambahan untuk terus berjuang dan cuba melakukan yang terbaik,” kata Antonelli yang kini mendahului Russell dengan kelebihan 66 mata da­lam pemburuan gelaran dunia. – AGENSI

The post F1: Antonelli tamatkan penantian 60 tahun Itali di Monza appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved