F1 Bakal Kembali Ke Sepang Selepas 9 Tahun

24 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

F1 Bakal Kembali Ke Sepang Selepas 9 Tahun

Sudah hampir sembilan tahun sejak Formula 1 kali terakhir berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 Oktober 2017. Malaysia kini berpeluang kembali menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij itu sekiranya Grand Prix Bahrain dibatalkan susulan konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari berkata, kerajaan telah menerima maklumat awal mengenai kemungkinan tersebut dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Kementerian Belia dan Sukan kini sedang menjalankan perbincangan serta penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut Reuters, Sepang merupakan antara beberapa litar yang sedang dipertimbangkan sebagai lokasi pengganti, bersama Portimao (Portugal), Barcelona (Sepanyol) dan Suzuka (Jepun).

Formula 1 dilaporkan sedang mencari slot perlumbaan di antara Grand Prix Azerbaijan pada penghujung September dan Grand Prix Singapura pada awal Oktober sekiranya Bahrain digugurkan daripada kalendar musim ini.

Malaysia kali terakhir menganjurkan Formula 1 pada tahun 2017 apabila Max Verstappen muncul juara Grand Prix Malaysia. Perlumbaan itu menutup tirai penganjuran Formula 1 di Sepang selepas 19 tahun berturut-turut, sejak litar itu mula menjadi tuan rumah pada tahun 1999.

Walaupun hasrat membawa Formula 1 kembali ke Malaysia sering dibangkitkan, kos penganjuran yang tinggi masih menjadi cabaran utama.

Sebelum ini, kerajaan menganggarkan yuran penganjuran mencecah sekitar RM300 juta setahun, menyebabkan sebarang usaha membawa semula Formula 1 bergantung kepada sokongan kukuh daripada sektor swasta serta daya maju komersial acara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved