F1 dijangka kembali ‘mengaum’ di Jerman

12 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1 dijangka kembali ‘mengaum’ di Jerman

LONDON – Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula Satu (F1), Stefano Domenicalli memberi gambaran Grand Prix (GP) Jerman akan kembali berada dalam kalendar perlumbaan pada masa akan datang.

Kali terakhir perlumbaan F1 berlangsung di Jerman adalah GP Eifel di Nurburgring pada 2020, namun ia hanya perlumbaan ‘one-off’ manakala GP Jerman rasmi yang terakhir adalah ketika edisi 2019 di Litar Hockenheim.

Memandangkan dua pengeluar dari Jerman, Mercedes dan Audi mempertaruhkan pasukan ‘kilang’ dalam saingan ketika ini, perlumbaan jentera empat roda itu kembali mendapat sambutan dalam kalangan peminat sukan permotoran negara tersebut.

“Berhubung perlumbaan GP Jerman, boleh dikatakan kami tidak pernah melupakannya. Sekarang Audi pula menceburkan diri dalam perlumbaan F1, ditambah pula Mercedes, jadi ‘saham’ kami di Jerman sangat tinggi.

“Saya fikir Jerman sekarang mungkin mahu berunding mengenai terma dengan kami jika mereka mahu kembali berada dalam kalendar perlumbaan. Kita perlu akui bahawa Jerman pernah menjadi pasaran penting dalam F1,” katanya.

Dalam pada itu, GP Jerman juga mungkin kembali dalam masa terdekat, mengambil kira isu keselamatan di Timur Tengah sehingga menyaksikan GP Qatar dan GP Abu Dhabi musim ini terpaksa dibatalkan.

“Sekarang ini masih dalam perbincangan tetapi ia menjurus kepada sesuatu yang positif. Pasaran Jerman sentiasa menarik dan saya yakin ia (perlumbaan) pasti akan berlangsung semula,” ujar Domenicalli. – AGENSI

 

The post F1 dijangka kembali ‘mengaum’ di Jerman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved