Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan peranannya susulan keterujaan orang ramai terhadap kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia.
Menerusi kenyataan itu, PETRONAS menghargai sambutan serta keghairahan peminat menjelang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Nak Tonton Perlumbaan Di Litar Sepang? Ini Panduan Pilih Tempat Duduk & ‘View’ Paling Berbaloi!
Bagaimanapun, syarikat minyak dan gas negara itu tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan mengenai pengurusan litar serta urusan penjualan tiket perlumbaan tersebut.
“PETRONAS adalah memegang hak penamaan bagi Litar Antarabangsa Sepang, pemilikan litar tersebut adalah di bawah Sepang International Circuit Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Manakala dari segi pengoperasian, litar berkenaan dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).”
“Disebabkan PETRONAS bukan penganjur bagi acara perlumbaan tersebut, pihak syarikat menegaskan bahawa ia tidak menguruskan, mengawal, atau mempunyai sebarang akses terhadap peruntukan, jualan, mahupun pengedaran tiket,” jelasnya.
PETRONAS turut menegaskan bahawa segala urusan penjualan tiket dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penganjur serta saluran rasmi yang diiktiraf.
Sehubungan itu, orang awam yang ingin menyaksikan perlumbaan berkenaan dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan membeli tiket hanya menerusi saluran rasmi penganjur bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau penipuan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nak Tonton Perlumbaan Di Litar Sepang? Ini Panduan Pilih Tempat Duduk & 'View' Paling Berbaloi!
The post “Kami Tak Jual Tiket Masuk F1” – PETRONAS Perjelas Peranan Dalam Penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain GP first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






