F1: FIA Tidak Kenakan Bayaran Kepada Malaysia

27 Jul 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

F1: FIA Tidak Kenakan Bayaran Kepada Malaysia

image.png

Selepas hampir sembilan tahun 'menyepi' daripada kalendar perlumbaan paling berprestij di dunia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal kembali menjadi medan tempur pemandu-pemandu terkemuka dunia bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 pada 2 hingga 4 Oktober.

Menariknya, Malaysia tidak dikenakan sebarang bayaran kos pendaftaran oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026.

"Alhamdulillah (penganjuran) ini setelah belasan tahun. Dulu kosnya ratusan juta masa kita anjurkan tahun 2017.

"Hari ini, kita anjur tanpa membayar kos pendaftaran kepada syarikat dan percuma," katanya dalam ucapan pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbelanjaan yang hanya negara perlu keluarkan adalah bagi membaiki trek SIC.

"Kalau ada sedikit perbelanjaan nak baiki trek. Trek yang sekarang digunakan untuk kenderaan, motosikal dan lain-lain itu (perlu) diperbaiki sedikit. Saya jangkakan kira-kira RM10 hingga 16 juta.

image.png

"Orang lain anjur, perbelanjaannya ratusan juta atau minimum RM1 bilion ringgit.

"Kita diminta belanja RM16 juta... menjadi tumpuan semua pelumba terkenal dunia, kenderaan yang tercanggih di dunia dan ribuan jurutera yang akan terbang ke Sepang, Malaysia," katanya.

Anwar berkata pemilihan Malaysia dalam penganjuran F1 itu daripada banyak negara yang diteliti juga adalah disebabkan tiga faktor.

"Ada puluhan, kalau tidak lebih, negara-negara yang diteliti oleh mereka. Pertama harus aman. Kedua, urusannya baik dan cekap. Ketiga, infrastrukturnya lebih baik," katanya.

SUMBER BERITA HARIAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved