F1 GP Bahrain: Malaysia jimat ratusan juta! Hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang – PM Anwar

27 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia bakal menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) tanpa perlu membayar yuran pendaftaran kepada Fédération Internationale de l’Automobile (FIA), sebaliknya hanya menanggung kos menaik taraf Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) yang dianggarkan sekitar RM16 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu dimaklumkan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa menerusi panggilan telefon yang diterimanya pada Ahad.

Menurut beliau, keputusan menghapuskan yuran pendaftaran yang sebelum ini mencecah ratusan juta ringgit membolehkan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij itu dengan kos yang jauh lebih rendah.

“Maka, F1 semalam telefon saya maklumkan bayaran awal nak (kena) bayar kepada FIA, dia (F1) kata hapus, tak perlu bayar (yuran pendaftaran) dan kita anjur percuma, bayangkan orang lain anjur, dia belanja ratusan juta atau satu bilion ringgit minimum.
“Kalau ada sedikit perbelanjaan pun untuk baiki trek litar SIC yang sekarang ni guna untuk kenderaan dan sebagainya, motosikal dan lain-lain, itu diperbaiki sedikit sahaja saya jangka dalam RM16 juta,”ujar beliau.

Image from: F1 GP Bahrain: Malaysia jimat ratusan juta! Hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang – PM Anwar

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, hari ini.

Anwar berkata, pada peringkat awal beliau berhati-hati menerima cadangan itu kerana kerajaan perlu mengutamakan perbelanjaan bagi kebajikan rakyat, termasuk menangani kos sara hidup dan penyediaan perumahan.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan rundingan dilakukan bagi mengurangkan kos penganjuran sebelum pihak Formula 1 akhirnya bersetuju menghapuskan bayaran pendaftaran tersebut.

“Semalam, Raja Bahrain bersetuju muktamad melalui Perdana Menteri dalam hubungan telefon saya mengesahkan Formula 1 akan dijalankan di Malaysia dalam tempoh dua bulan.
“Tapi Bahrain dan dunia, termasuk Arab tahu prestasi kita dalam negara mengurus ASEAN tahun lalu itu di antara yang terbaik yang pernah ASEAN anjurkan selama ini,” tambahnya.

Image from: F1 GP Bahrain: Malaysia jimat ratusan juta! Hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang – PM Anwar

Beliau berkata, Malaysia dipilih daripada puluhan negara lain susulan faktor kestabilan politik, kecekapan pentadbiran serta kemudahan infrastruktur yang dimiliki negara.

Artikel lain: GP Bahrain ke Sepang bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia – PM Anwar

Menurutnya, hubungan erat antara Raja Bahrain dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut menjadi antara faktor yang membantu merealisasikan penganjuran semula perlumbaan berkenaan.

“Saudara bayangkan tentunya hubungan baik Raja Bahrain dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim membantu (kerana) kalau negara ini tidak aman, tak ada orang nak datang sepatutnya (F1) di Bahrain.
“Tapi oleh kerana kesan peperangan Amerika dan Israel…Malaysia dipilih, ada puluhan lebih negara yang diteliti oleh mereka. Pertama, harus aman. Kedua, urusannya baik dan cekap. Ketiga, infrastrukturnya lebih baik,”jelasnya.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved