F1: Max Verstappen sah terlepas persaingan kejuaraan dunia 2026

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

F1: Max Verstappen sah terlepas persaingan kejuaraan dunia 2026

Tamat di kedudukan podium dan menyumbangkan 15 mata buat pasukan, hanya untuk mengetahui bahawa perebutan kejuaraan musim ini sudah pun terkubur – Max Verstappen kini perlu menerima hakikat pedih terlepas gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut – kali ini lebih awal apabila ianya terhenti di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat.

Verstappen melalui musim yang ‘gila’ – bangkit memberi saingan hebat sehingga ke saat akhir buat pencabar lebih muda dari McLaren, Lando Norris musim lalu – dengan Verstappen tetap memenangi perlumbaan terakhir musim iaitu GP Abu Dhabi ketika Norris disahkan sebagai juara dunia yang baru. 

Kecemerlangan pemandu Red Bull Racing itu menginjak ke penghujung musim ini termasuk dua kemenangan berturut-turut di GP Bahrain dan Singapura telah sekali lagi menghidupkan harapan untuk beliau mengembalikan gelaran juara dunia yang pernah dimenanginya sebanyak empat kali berturut-turut iaitu dari 2021 sehingga 2024. 

Namun ianya dihalang aksi konsisten pemandu berusia 20 tahun Mercedes, Kimi Antonelli yang semakin menghampiri kejuaraan dengan kemenangan kesembilannya musim ini – sekaligus menyaksikan podium ke-136 yang direkodkan Verstappen di Austin tidak bermakna lagi dalam persaingan kategori pemandu – buat pertama kalinya sejak perlumbaan GP Emilia-Romagna pada 2020.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved