F1: Norris akui prestasi lebih baik

10 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Norris akui prestasi lebih baik

SINGAPURA – Biarpun peluang mempertahankan kejuaraan Formula Satu (F1) semakin tipis, pemandu McLaren, Lando Norris menegaskan prestasinya musim ini sebenarnya berada pada tahap lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menjelang Grand Prix Singapura, pelumba Britain itu kini menghuni tangga kelima kejuaraan dunia dengan jurang 132 mata di belakang pendahulu, Kimi Antonelli.

Secara matematik, Norris bakal tersingkir secara rasmi daripada perebutan takhta sekiranya ketinggalan 19 mata kepada Antonelli sepanjang hujung minggu perlumbaan ini.

Bagaimanapun, Norris enggan membiarkan persepsi luar mencemari keyakinan dirinya, sambil menegaskan prestasi semasa tidak sentiasa mencerminkan prestasi sebenar seorang pelumba.

“Secara jujur, tiada apa yang boleh anda lakukan mengenai perkara itu. Anda sering dinilai berdasarkan apa yang dilihat di kaca televisyen, lebih-lebih lagi dalam F1. Hakikatnya, jentera anda mungkin tidak sepantas jentera lain pada minggu tertentu,” ujar Norris.

McLaren bermula agak hambar selepas ketinggalan di belakang Mercedes dan Ferrari akibat pertempuran sengit merebut kejuaraan dengan Red Bull pada musim terdahulu.

Namun, program pembangunan jentera yang agresif berjaya meletakkan semula Norris dan rakan sepasukan, Oscar Piastri di puncak podium.

“Tiga petak pertama (pole position) yang saya raih musim ini semuanya berkelebihan kurang daripada setengah persepuluh saat. Ini margin yang sangat kecil. Jika saya gagal meraih petak pertama itu, mustahil saya dapat menjuarai perlumbaan berkenaan,” jelasnya. – AGENSI

The post F1: Norris akui prestasi lebih baik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved