F1: Norris berisiko hadapi aib besar

23 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Norris berisiko hadapi aib besar

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) 2025, Lando Norris berdepan kemungkinan menamatkan kempen musim ini di luar kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan.

Pelumba McLaren yang juga merupakan juara dunia musim lalu itu kini bergelut di kedudukan keenam dengan kutipan 201 mata dan perlu bekerja lebih keras kerana kejuaraan musim 2026 hanya berbaki enam pusingan.

Sekiranya gagal membaiki kedudukan, Norris bakal menjadi juara bertahan pertama sejak era Damon Hill pada 1997 yang gagal menamatkan musim berikutnya dalam kelompok lima terbaik.

Hill yang menjuarai kejuaraan dunia bersama Williams pada 1996 sekadar menamatkan musim 1997 di tangga ke-12 bersama Arrows, manakala penamat terburuk juara bertahan lain selepas itu hanyalah di tempat kelima membabitkan Jacques Villeneuve (1998), Lewis Hamilton (2009), Jenson Button (2010) dan Sebastian Vettel (2014).

Peluang Norris masih terbuka apabila hanya ketinggalan 14 mata di belakang Charles Leclerc di tempat kelima dan 20 mata di belakang Max Verstappen di tangga keempat, namun siri perlumbaan pecut yang sudah berakhir menuntut McLaren melonjakkan prestasi jentera mereka dengan segera.

Norris sendiri tidak berselindung mengenai potensi jentera pasukannya selepas sekadar menamatkan Grand Prix (GP) Singapura di tempat keempat.

“Kereta ini tidak cukup pantas dan terlalu sukar dipandu. Kami masih jauh ketinggalan,” ujarnya.

Kelemahan itu diakui Ketua Pasukan McLaren, Andrea Stella yang menyifatkan pakej jentera mereka tidak cukup kuat di litar yang memiliki laluan lurus panjang seperti Baku, Monza dan Las Vegas. – AGENSI

 

The post F1: Norris berisiko hadapi aib besar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved