“Tidak mungkin harga bawah RM 100” – CEO Sepang Pertimbang Harga Istimewa Tiket F1 Buat Pemegang MyKad

28 Jul 2026 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft sepang

Harga tiket untuk Grand Prix Gulf Air Bahrain yang akan dianjurkan di Litar Sepang pada 2 hingga 4 Oktober nanti berkemungkinan agak tinggi.

Ketua pegawai eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, SIC tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga tiket untuk GP.

Artikel berkaitan : Kembali Jadi Tuan Rumah Selepas 9 Tahun, Apa Istimewanya Litar Sepang Hingga Dipilih Untuk GP Bahrain F1

Artikel berkaitan : Formula 1 Di Sepang: Kerajaan Pertimbang Jual ‘Tiket MADANI’

“Tak mungkin dapat harga bawah RM100 tapi boleh beri harga istimewa buat pemegang MyKad”

875D3616511033728CAE7474932764CA low 1

“Kami sedang membuat rundingan harga tiket dengan Bahrain dan berharap dapat mengumumkannya secepat mungkin. Berdasarkan perbincangan awal, semua hasil jualan tiket akan dikembalikan ke Bahrain, jadi kami tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas harga tiket.”

“Tiket tidak mungkin berharga di bawah RM100 seperti yang kami dapat lakukan untuk MotoGP (Grand Prix Petronas Malaysia).”

“Saya tahu ramai rakyat Malaysia mahukan tiket F1 yang berpatutan. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk (mendapatkan harga yang berpatutan) apabila berunding dengan Bahrain. Mungkin kita boleh cuba mendapatkan harga istimewa untuk pemegang MyKad.”

Dalam pada itu, Shafriman juga menjangkakan tiket akan mula dijual seawal minggu pertama bulan depan.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengadakan ‘Tiket MADANI’ buat perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang yang bakal berlangsung pada Oktober ini.

Sekadar info, Malaysia menganjurkan perlumbaan bagi pihak kerajaan Bahrain, yang menanggung sebahagian besar perbelanjaan. Oleh itu, Bahrain mempunyai kata putus mengenai semua perkara berkaitan acara tersebut.

Bahrain tidak dapat menganjurkan acara tersebut kerana situasi konflik yang semakin meningkat di Timur Tengah.

Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved