Sukarelawan F1 – Syarat, Skop & Rujuk Cara Mohon Di Sini

3 Sep 2026 • 8:50 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan sukarelawan untuk perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dibuka melalui  Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IRES) iaitu https://myprofil.iyres.gov.my/projects/547.

Untuk acara F1 ini, seramai 500 orang sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026

    Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah satu daripada sukarelawan F1 2026, rujuk info lengkap di bawah.

    Image from: Sukarelawan F1 – Syarat, Skop & Rujuk Cara Mohon Di Sini
    Image from: Sukarelawan F1 – Syarat, Skop & Rujuk Cara Mohon Di Sini

    Permohonan Sukarelawan F1 2026

    Formula 1 adalah antara acara sukan permotoran paling berprestij di dunia dan melibatkan pelbagai komponen pengurusan seperti operasi acara, pengurusan penonton, khidmat tetamu, komunikasi, keselamatan, media, logistik dan pengurusan venue.

    Pada 26 Julai 2026, Formula 1 dan FIA mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi lokasi penganjuran Gulf Air Bahrain Grand Prix bagi musim 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026.

    Penganjuran ini mempunyai nilai strategik kepada Malaysia kerana ia mengembalikan Formula 1 ke Sepang selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2017.

    Formula 1 juga turut menyifatkan Sepang sebagai salah satu litar ikonik dalam sejarah Formula 1.

      F1 Malaysia Grand Prix Bahrain 2026

      Objektif Sukarelawan F1

      Objektif sukarelawan ini adalah untuk:

      1. Memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia terhadap pengurusan acara sukan bertaraf antarabangsa, khususnya dalam aspek operasi, pengurusan penonton, khidmat tetamu, komunikasi dan sokongan acara.
      2. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi sukarelawan Malaysia melalui pengalaman sebenar dalam pengendalian acara Formula 1 yang melibatkan peserta, pegawai, pasukan, media dan peminat dari pelbagai negara.
      3. Membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai satu bentuk sumbangan kepada pembangunan sukan dan masyarakat.
      4. Memperkasa kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan penyelesaian masalah dalam kalangan sukarelawan melalui tugasan dan situasi sebenar sepanjang penganjuran.
      5. Meningkatkan kefahaman mengenai standard pengurusan acara sukan antarabangsa, termasuk aspek disiplin, profesionalisme, keselamatan, layanan tetamu dan pengurusan operasi.
      6. Memperkukuh imej dan reputasi Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang mesra, berdisiplin, profesional dan mempunyai budaya kesukarelawanan yang tinggi.
      7. Mewujudkan pengalaman pembelajaran dan pembangunan kendiri yang dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran sosial serta kebolehpasaran sukarelawan, khususnya golongan belia.
      8. Menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia melalui penglibatan secara langsung dalam penganjuran acara sukan permotoran bertaraf dunia di Malaysia.
      9. Menyokong kejayaan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia dengan menyediakan barisan sukarelawan yang kompeten, responsif dan berorientasikan perkhidmatan.

      Skop Tugas Sukarelawan F1

      Skop tugasan sukarelawan ini adalah seperti:

      • Perkhidmatan Pelanggan
      • Tiket dan Kemasukan
      • Perhubungan dan Penyambut Tetamu
      • Pengurusan Kawasan MADANI

      Syarat Kelayakan Memohon

      Sebelum mengisi borang pendaftaran, pastikan anda memenuhi kriteria asas berikut:

      1. Warganegara Malaysia;
      2. Berusia 18 tahun dan ke atas
      3. Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit;
      4. Berdisiplin, berintegriti, bole bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi; dan
      5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (kebolehan berbahasa asing adalah satu kelebihan).

      Cara Mohon Sukarelawan F1 Sepang 2026

      Permohonan untuk menjadi sukarelawan F1 boleh dilakukan melalui https://myprofil.iyres.gov.my/projects/547

      Image from: Sukarelawan F1 – Syarat, Skop & Rujuk Cara Mohon Di Sini

      Soalan Lazim

      Berapakah had umur minima untuk memohon?

      Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

      Bilakah saya akan tahu jika permohonan saya berjaya?

      Pihak KBS akan melakukan proses saringan borang secara berperingkat. Hanya calon yang disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk sesi taklimat bertugas.

      Apakah skop tugasan yang akan diberikan kepada sukarelawan yang layak?

      – Perkhidmatan Pelanggan
      – Tiket dan Kemasukan
      – Perhubungan dan Penyambut Tetamu
      – Pengurusan Kawasan MADANI

      Adakah bilik penginapan atau tambang pengangkutan disediakan?

      Tidak disediakan. Semua kos tempat tinggal, duit minyak, tol, atau tambang pengangkutan awam adalah atas tanggungan sendiri.

      Di manakah borang permohonan boleh diisi?

      Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://myprofil.iyres.gov.my/projects/547

      Adakah saya boleh memohon jika tiada pengalaman?

      Boleh. Tiada pengalaman tidak menjadi masalah, namun keutamaan MUNGKIN akan diberikan kepada mereka yang pernah menjadi sukarelawan di SIC sebelum ini.

      Maklumat Lanjut

      Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran sukarelawan boleh diajukan kepada JBSN melalui talian 03-8871 3324 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my.

      Baca juga: F1 Malaysia Grand Prix Bahrain – Tarikh, Info Tiket & Fakta Menarik

        Newswav Malaysia Best News App

        Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

        Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved