Fadhli Shaari persoal kerajaan dedah laporan RCI Tabung Haji selepas bertahun-tahun

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 9:29 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Fadhli Shaari mengulas tindakan kerajaan mendedahkan laporan RCI Tabung Haji dan mempersoalkan pelaksanaan syor suruhanjaya.

Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya kini bersetuju mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH), sedangkan laporan berkenaan telah lama disiapkan.

Ketua Penerangan Pas itu berkata, keputusan mendedahkan laporan tersebut merupakan langkah yang baik, namun beliau mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan sebaik sahaja siasatan RCI selesai.

Menurutnya, kerajaan turut mengumumkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa akan disambung semula serta-merta dan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, pengumuman itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan sama ada tindakan penguatkuasaan sengaja ditangguhkan sebelum ini, walaupun dakwaan pelanggaran undang-undang telah dikenal pasti.

Fadhli turut mendakwa kelewatan mendedahkan laporan serta meneruskan siasatan bercanggah dengan semangat reformasi yang sering dilaungkan kerajaan. Beliau menyifatkan kelewatan tersebut sebagai memberi gambaran bahawa kepentingan politik lebih diutamakan berbanding pelaksanaan keadilan.

Mengulas kandungan laporan RCI, beliau turut mendakwa kerajaan tidak melaksanakan sepenuhnya salah satu syor suruhanjaya yang mencadangkan supaya diwujudkan peruntukan bagi melarang pelantikan ahli politik yang masih aktif sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga Pengarah syarikat berkaitan Tabung Haji.

Baca juga:

Sebagai contoh, beliau mendakwa kerajaan melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi TH Properties Sdn. Bhd. pada September 2024 walaupun merupakan bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan pernah bertanding sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Selain itu, beliau turut mendakwa Setiausaha Organisasi Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Travel & Services Sdn. Bhd., sekali gus mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan syor RCI yang diumumkan kepada umum.

“Setiausaha Organisasi Parti AMANAH Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus pula dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah TH Travel & Services Sdn Bhd. (Dan terbaru beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA),” katanya.

The post Fadhli Shaari persoal kerajaan dedah laporan RCI Tabung Haji selepas bertahun-tahun appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved