Fadhlina arah siasat! Dedah pengetua ganggu pelajar kini ditempatkan di PPD Bagan Datuk

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 12:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar yang membabitkan seorang pengetua sekolah menengah kerajaan.

Pengetua ditempatkan di PPD

Fadhlina turut memaklumkan bahawa pengetua berkenaan telah ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk sehingga siasatan selesai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi komen pada akaun miliknya di Threads, hari ini, susulan penularan hantaran berkaitan dakwaan berkenaan.

Image from: Fadhlina arah siasat! Dedah pengetua ganggu pelajar kini ditempatkan di PPD Bagan Datuk

Tular hantaran minta warga Teluk Intan berwaspada

Terdahulu, satu hantaran tular meminta ibu bapa dan masyarakat di sekitar Teluk Intan, Perak supaya lebih berwaspada susulan dakwaan membabitkan pengetua sebuah sekolah menengah kerajaan.

Dakwaan tersebut termasuk gangguan seksual, mesej berunsur romantik kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga serta dakwaan mengenai hubungan sulit.

Image from: Fadhlina arah siasat! Dedah pengetua ganggu pelajar kini ditempatkan di PPD Bagan Datuk

Hantaran berkenaan turut menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu demi keselamatan pelajar, selain meminta siasatan dijalankan tanpa mengabaikan sebarang dakwaan.

Dalam perkembangan sama, sebuah rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki dipercayai pengetua terbabit berdepan beberapa wanita yang mahu mendapatkan penjelasan daripadanya.

Walau agaimanapun, dakwaan berkenaan masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut dijangka diketahui selepas pihak berkuasa pendidikan melengkapkan siasatan.

Sumber: Thread fadhlinasidek_

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved