
SEREMBAN – Polis mengambil keterangan 21 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mereka yang dirakam percakapan terdiri daripada pelajar, guru sekolah dan ibu bapa mangsa.
“Keterangan yang diperoleh akan dikumpulkan untuk membantu menyelesaikan kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, masih belum diketahui selepas bedah siasat ke atas remaja itu dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini hari ini.
Allahyarham Muhammad Idlan disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan dan dipercayai menjadi mangsa buli.-KOSMO! ONLINE
The post 21 keterangan direkod kes kematian pelajar SMK Za’ba appeared first on Kosmo Online.






