Fahmi Fadzil tegaskan PRN tengah bulan bukan alasan untuk tak balik mengundi

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 9:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi yang berada di luar Johor, termasuk di Singapura, supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.

Bukan alasan tak balik mengundi

Image from: Fahmi Fadzil tegaskan PRN tengah bulan bukan alasan untuk tak balik mengundi

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, ahli keluarga yang menetap di Johor juga perlu memainkan peranan dengan menggalakkan saudara-mara mereka yang berada di luar negeri agar pulang mengundi bagi menentukan hala tuju pentadbiran negeri.

“Pilihan raya ini sangat penting kerana kita mahu kerajaan negeri yang baik dan boleh bekerjasama dengan perdana menteri,” katanya ketika berucap pada ceramah PH sempena kempen PRN Johor di Bakri.

Mengulas lanjut kepada media selepas program itu, Fahmi berkata beliau mengikuti pelbagai komen di media sosial yang mendakwa tarikh pengundian pada 11 Julai, iaitu pertengahan bulan, menyukarkan terutama golongan muda untuk pulang mengundi.

“Saya telah membaca komen-komen yang mengatakan seolah-olah sengaja dipilih tarikh 11 Julai seolah-olah ia tengah bulan (menyebabkan) anak muda sukar balik,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru semua pengundi supaya tidak menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk mengabaikan

Dalam pada itu, Fahmi mengecam perbuatan sabotaj terhadap bahan kempen serta penyebaran maklumat palsu sepanjang tempoh berkempen yang menurutnya boleh mencemarkan proses demokrasi.

Beliau berkata, beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen memperlihatkan amalan politik tidak sihat, termasuk tindakan vandalisme terhadap bahan kempen calon.

“Baru-baru ini, bendera kempen dibakar, papan iklan yang dipasang dirosakkan. Ini menandakan satu fasa dalam kempen yang tidak sihat,” tambahnya lagi

Artikel lain: PRN Johor: Hubungan PH-BN tetap utuh, tak jejaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan – Fahmi Fadzil

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu penyalahgunaan platform digital apabila wujud akaun WhatsApp palsu yang menggunakan gambar calon bagi menyebarkan maklumat tidak benar.

Sehubungan itu, Fahmi menasihatkan pengundi agar tidak mudah mempercayai segala maklumat yang tersebar di media sosial atau aplikasi pesanan, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu sebelum menerima atau berkongsi sesuatu maklumat.

Sumber: Free Malaysia Today (Faiz Zainudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved