‘Johor perlu berdiri sendiri, bukan lagi ‘feeder’ Singapura’ – Amirudin

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 4:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Amiruddin sasar Johor mampu berdiri sebagai ekonomi sendiri.

Pakatan Harapan (PH) menyasarkan Johor muncul sebagai kuasa ekonomi yang mampu berdiri sendiri menerusi pembangunan strategik dan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi Singapura.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Johor memiliki pelbagai kelebihan untuk muncul sebagai antara negeri paling maju di negara ini menerusi pelaksanaan projek-projek strategik yang mampu menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

Menurutnya, antara projek yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), RTS Link, pembangunan Forest City serta pelabuhan baharu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Johor bukan hanya menjadi penyendal ataupun ‘feeder’ kepada mana-mana kuasa di rantau ini. Johor mesti mampu berdiri dengan kukuh dan menjadi negeri yang membawa harapan baharu kepada Malaysia,” katanya.

Baca juga:

Beliau berkata, PH mahu memastikan rakyat Johor tidak lagi perlu berulang-alik menyeberangi Tambak Johor setiap hari untuk mencari rezeki kerana lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan tinggi akan diwujudkan di negeri itu.

Amirudin berkata, PH komited memastikan pembangunan ekonomi diagihkan secara lebih seimbang meliputi Johor Utara, Johor Tengah, Johor Selatan dan Johor Timur bagi mengurangkan jurang pembangunan antara daerah.

Katanya, sekiranya diberi mandat mentadbir negeri, PH akan menyediakan pelan pembangunan menyeluruh dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi memastikan setiap daerah menikmati limpahan pelaburan dan pembangunan.

The post ‘Johor perlu berdiri sendiri, bukan lagi ‘feeder’ Singapura’ – Amirudin appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved