Manifesto PRN: RM1,000 untuk setiap bayi Johor! PH tawar 5 inisiatif pencetus perubahan

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan keluarga serta pengukuhan ekonomi negeri.

Bonus untuk setiap bayi yang lahir di Johor

Memetik laporan daripada Sinar Harian, antara cadangan yang mencuri perhatian ialah pemberian bonus RM1,000 kepada setiap bayi yang dilahirkan di Johor sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Maszlee Malik menyatakan setiap inisiatif yang diperkenalkan bukan sekadar janji, sebaliknya dirangka berdasarkan perancangan jangka panjang mengikut keperluan semasa rakyat.

“Insiatif seterusnya PH turut merancang memperluaskan kemudahan penjagaan kanak-kanak menerusi taska Madani dan taska di tempat kerja, khususnya bagi membantu ibu di kawasan bandar untuk kembali bekerja dengan lebih tenang dan selesa.
“Dari aspek mobiliti rakyat, kerajaan negeri turut menawarkan pas pengangkutan awam serendah RM50 sebulan kepada pelajar, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan sistem pengangkutan lebih inklusif dan mampu milik,” katanya ketika membentangkan Manifesto PH Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini pada Jumaat.

Image from: Manifesto PRN: RM1,000 untuk setiap bayi Johor! PH tawar 5 inisiatif pencetus perubahan

Turut hadir ialah Pengarah Jentera Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi PH Johor merangkap Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching; serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaleha Mustafa.

Image from: Manifesto PRN: RM1,000 untuk setiap bayi Johor! PH tawar 5 inisiatif pencetus perubahan

Selain itu, PH turut merancang melaksanakan program “Balik Johor” bagi menarik anak Johor yang bekerja di Singapura dan luar negara pulang untuk menyumbang kepakaran kepada pembangunan negeri.

Maszlee turut menegaskan PH akan menekankan penyelesaian isu rakyat melalui penubuhan Tribunal Hak Tanah Johor yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian isu tanah dan pajakan yang telah lama berlarutan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved