Guna isu JS-SEZ ketika berkempen, PM Anwar selar Onn Hafiz -“Sudah la tak berterima kasih”

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menjadikan isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Projek JS-SEZ inisiatif Kerajaan Persekutuan…

Memetik laporan daripada Berita Harian, Anwar menyatakan, projek JS-SEZ merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan bersama kerajaan negeri, justeru ia tidak sepatutnya dipolitikkan ketika tempoh berkempen.

“Soal nak turunkan tanda tangan itu, ia antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura. Ia belum (sampai ke tahap) Menteri Besar lagi.

“Jadi tak payah jadikan isu, sehingga kini projek sedang berjalan dengan belanja yang tinggi serta turut menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat.

“Sudah la tak berterima kasih, dia (gunakan isu) masa kempen untuk mencela, ini tidak kena dan tak cerdik,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena.

Image from: Guna isu JS-SEZ ketika berkempen, PM Anwar selar Onn Hafiz -“Sudah la tak berterima kasih”

Sebelum ini, Onn Hafiz menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Johor terus diperkukuh.

Beliau mendakwa pelan induk berkenaan telah siap dan tidak sepatutnya terus ditangguhkan kerana penting bagi memberi keyakinan kepada pelabur serta menentukan hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

Image from: Guna isu JS-SEZ ketika berkempen, PM Anwar selar Onn Hafiz -“Sudah la tak berterima kasih”

Menurut Onn Hafiz, pelan itu pada asalnya dijadualkan diumumkan pada penghujung 2025 sebelum tarikh baharu ditetapkan pada 30 Mac lalu, namun sekali lagi ditangguhkan.

Sumber: Berita Harian (Noor Atikah Sulaiman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved