
SEREMBAN — Pertemuan dan sesi suai kenal bersama Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar yang dijadualkan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini hari ini, dibatalkan atas faktor keselamatan
Menurut sumber, Menteri Besar dan barisan Exco sebelum itu diberikan taklimat supaya tidak meneruskan pertemuan berkenaan atas arahan pihak berkuasa berkaitan ketenteraman awam dan faktor keselamatan.
Sumber berkata, arahan berkenaan dibuat bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terkawal.
Dalam pada itu, satu perjumpaan membabitkan barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan di sebuah hotel di sini.
Tidak lama kemudian, kelihatan beberapa Exco dan ADUN mula beredar daripada hotel berkenaan selepas selesai perjumpaan.
Antara bariaan Exco kelihatan terdiri, Datuk Zaifulbahri Idris (Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan merangkap Adun Chembong), Datuk Mohd Asna Amin (Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital merangkap Adun Lenggeng) serta Adun Gemas, Ridzuan Ahmad dan Adun Paroi merangkap Timbalan Speaker, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.
The post Faktor keselamatan, pertemuan Tuanku Nadzaruddin bersama MB, Exco batal appeared first on Kosmo Online.






