Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini kedai serbaneka, FamilyMart yang berasal dari Jepun telah memperkenalkan kod pakaian fleksibel yang baharu sebagai usaha untuk menarik tenaga kerja yang pelbagai di cawangannya di negara itu.
Menurut Japan Times, kod pakaian uniform tersebut akan berkuatkuasa pada 2 September. Katanya, para pekerja juga bebas memilih warna rambut mereka manakala bagi muslim pula mereka dibenarkan memakai tudung atau juga dikenali sebagai hijab.
Netizen Jepun kritik kedai serbaneka perkenal kod pakaian berhijab sifatkan ia tidak bersih
Pengumuman kedai serbaneka berkenaan mengenai kod pakaian itu bagaimanapun telah menarik perhatian ramai netizen Threads di Jepun khususnya mengenai penggunaan hijab yang dibenarkan.
Ini kerana terdapat segelintir yang mengkritik keputusan syarikat kedai serbaneka itu membenarkan pekerjanya memakai tudung yang disifatkan sebagai tidak bersih
Malah ada yang ‘mengugut’ untuk tidak lagi berbelanja di kedai serbaneka itu sekiranya mereka mementingkan pekerja berbanding pelanggan.


Persoal mengapa syarikat di Jepun perlu mengubah diri untuk menerima pekerja asing
Bukan hanya itu ada juga mengatakan mereka faham jika ia hanya tentang kebebasan warna rambut, tetapi kedai serbaneka itu juga menguatkuasakan peraturan pakaian seragam untuk hijab yang pada pendapat mereka seperti ‘pertimbangan terhadap kepelbagaian.’
Selain itu, ada juga merasakan syarikat Jepun tidak sepatutnya mengubah diri mereka untuk menerima pekerja asing sebaliknya mereka yang perlu sesuaikan diri.

Ramai yang tak setuju dan sokong wanita bertudung
Kritikan daripada netizen Jepun yang menggunakan alasan kononnya pemakaian tudung akan menjadikan pengendalian yang tidak bersih bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pengguna Threads dari pelbagai negara lain.
Malah ramai tampil untuk memberi sokongan kepada wanita bertudung itu dan menyifatkan penggunaan tudung boleh mengelak daripada berlaku kes seperti terdapat rambut di dalam makanan.
Tidak kurang ada yang menyoal mengapa ada yang boleh menerima jika rambut diwarnakan tetapi tidak boleh menerima pemakaian tudung?
Puji FamilyMart raikan kepelbagaian dan kebebasan
Selain itu, netizen juga berpendapat FamilyMart menilai kepelbagaian dan membenarkan kebebasan dalam berpakaian tanpa mengira agama, kewarganegaraan atau etnik agar semua boleh bekerja. Malah merasakan syarikat itu bukan mahu mengubah budaya negara tersebut.
Lebih menarik, ramai yang terus menyokong wanita berkenaan untuk terus memakai tudung selepas ada yang mengkritiknya.
Wanita tampil ucap terima kasih, jelaskan terima tawaran kerana ia peluang besar untuk perkenalkan hijab kepada orang ramai di Jepun
Menyedari dirinya menjadi kritikan, wanita dikenali sebagai Ranisa Rahman yang juga model bertudung syarikat kedai serbenaka itu tampil mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya.
“Saya adalah wanita bertudung yang menjadi model untuk FamilyMart. Saya cuma mahu mengatakan terima kasih untuk tanda kasih sayang dan sokongan, khususnya kepada semua yang telah memberikan mesej untuk memeriksa keadaan saya. Ia sangat bermakna.
“Jangan risau, saya okay, terima kasih. Ketika saya mendapat tawaran ini, saya sebenarnya ada merasakan ia akan mendapat perhatian. Maksud saya, model bertudung untuk jenama Jepun yang besar, dan mengetahui ia akan ada liputan dari media juga, saya tahu ia akan menjadi perkara besar.
“Namun sejujurnya dari hari pertama saya berfikir ‘ okay, ini adalah peluang besar untuk memperkenalkan tudung kepada ramai lagi orang yang berada di Jepun.’
“Oleh itu, meskipun mendapat komen kebencian, saya masih memilih untuk melihat perkara yang besar,” kata Ranisa di Threads.
Mahu sebarkan kesedaran dan tunjuk tudung tak halang wanita muslimah untuk bekerja, dilihat dan kejar peluang
Menurut wanita dipercayai berasal dari Indonesia ini, padanya ia adalah peluang yang besar untuk menyebarkan kesedaran dan menunjukan tudung tidak menghalang wanita muslimah daripada melakukan pekerjaan, untuk dilihat, atau mengejar peluang.
Kata Ranisa, dia berharap perkara itu dapat membuatkan para wanita yang bertudung di matahari terbit itu lebih berkeyakinan dalam memakainya walau apa pun yang mahu mereka lakukan.
“Sebenarnya, saya juga mendapat peluang untuk berjalan di pertunjukan fesyen pakaian serba boleh mereka dan merakan video untuk pelancaran pakaian seragam baharu mereka semalam (26 Ogos).
“Saya tidak pasti sama ada mereka akan memuat naik video itu atau ia dibuat hanya untuk acara Fami-FEST 2026, namun sejujurnya saya teruha untuk menunjukkan kepada anda semua hasilnya apabila ia dikeluarkan.
“Saya berharap ini akan menjadi langkah kecil untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, dan bergerak ke depan bersama-sama dengan rakyat di Jepun.”
View on Threads
Melihat di ruangan komen, ada juga rakyat Jepun yang tidak faham mengapa ada segelintir yang tidak selesa dengan penggunaan hijab.
Malah mereka bersyukur dengan pekerja warga asing yang bekerja dengan bagus.
“Sebagai rakyat Jepun, ini hanya pendapat saya, saya rasa ramai orang Jepun melihat wanita bertudung dan fikir ‘ia mengagumkan mereka terus memakai tudung walau musim panas di Jepun. Mereka pasti mempunyai komitmen yang kuat’.”

“Awak menakjubkan. Jangan hiraukan mereka yang bising! Apa yang orang akan ingat keberanian awak menjadi diri sendiri dan mewakili orang ramai.”

“Kami bersama awak,sis”







