Belum Sampai Malaysia, Farah Lee Sudah Minta Izin Suami ‘Join’ Misi GSF – “Lepas Ni Nak Pergi Lagi…”

6 Oct 2025 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun ditahan serta dilayan dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak berkuasa Israel, semangat para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak luntur walaupun sedikit.

Buktinya, ada yang mampu mengukir senyuman meskipun sedang menahan sakit dan kecederaan dialami dan ada juga yang mahu menyertai misi kemanusiaan sebegitu di masa akan datang.

Pempengaruh Farah Lee akui mahu menyertai misi tersebut lagi dan hal itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Fuad Hashim menerusi Instagram story.

image is not available

Fuad telah memuat naik tangkap layar mesej dihantar oleh isterinya yang menulis,

Lepas ni nak pergi lagi hehe.

Mesej itu menunjukkan bahawa semangat dan keberanian Farah tidak sedikit pun luntur walaupun pernah melalui pengalaman dilayan dengan kejam oleh rejim Israel.

“Tak sampai lagi Malaysia. Dah minta izin nak pergi lagi,” tulis suami Farah di Instagram.

image is not available

 

image is not available 2025-10-06 11:14:20

"Semoga Allah Terima..." - Tudung Direntap & Tiada Stoking, Zizi Kirana Kongsi Cara Aktivis Solat Di Penjara