Pelajar tahfiz maut, motosikal rempuh tiang elektrik di Yala

9 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar tahfiz maut, motosikal rempuh tiang elektrik di Yala

YALA, THAILAND – Perjalanan pulang dua pelajar tahfiz warga Malaysia ke madrasah selepas menziarahi rakan berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas motosikal yang kedua-dua lelaki itu naiki hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di Lebuh Raya 410 Yala-Betong di Mukim Bannang Sareng, Daerah Mueang Yala di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Muhammad Adam Arif Salleh, 21, dari Perlis meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala manakala rakannya, Khairul Sulaiman Ali, 22, dari Kuala Kedah, Kedah cedera parah dan masih belum sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Operasi Penyelamat Mae Ko Niao berkata, anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, dua lelaki rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu.

“Salah seorang mangsa meninggal dunia manakala rakannya mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri. Kedua-mangsa dihantar ke Hospital Yala di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar tahfiz al-Quran di Pondok Padang Pusu, Mukim Sadawa, Daerah Yarang, Pattani.

Mereka dikatakan sedang dalam perjalanan ke pusat pengajian itu yang terletak kira-kira 52 kilometer dari tempat kejadian selepas menziarahi seorang rakan mereka. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar tahfiz maut, motosikal rempuh tiang elektrik di Yala appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved