Fasha Sandha Tak Kecil Hati Orang Tak Kenal - "Saya Tak Letakkan Diri Sebagai Selebriti"

7 Aug 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fasha Sandha tidak berkecil hati sekiranya ada individu yang tidak mengenali dirinya sebagai selebriti.


Sama seperti insan lain

Menurut Fasha, dia tidak pernah menganggap dirinya dikenali ramai sebaliknya mengakui dia hanya seperti insan biasa sahaja.

“Mungkin ada golongan lain yang tak tengok atau tak suka drama mungkin mereka tonton program hal ehwal Islam, jadi kalau mereka tak kenal bukanlah satu perkara mengejutkan. 


“Saya tak meletakkan diri ini sebagai selebriti. Kalau bekerja mungkin saya anggap diri ini sebagai artis kerana ditemubual wartawan. 



“Kalau tidak, saya hanya ibarat orang biasa boleh buat kerja mencuci, pergi pasar atau bawa kereta sendiri,” katanya.



Fasha berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman dirinya dan suami, Aidil Aziz sebagai pemilik bersama kedai Kopi Saigon cawangan ke-208 di pusat beli-belah, MyTown, Cheras pada Rabu.


 

Sentiasa rendah diri

Malah kata Fasha, dia sentiasa mengamalkan sikap merendah diri yang menjadi pengangannya sejak dahulu lagi.

“Saya dari dulu memang bersifat sebegini. Saya kekalkan bila jadi diri sendiri dan merendah diri orang akan lebih dekat dengan diri.

“Saya tiada masalah kalau orang tak kenal sebab zaman sudah berbeza. 


“Ada sahaja orang yang tak tengok televisyen (TV) dan memilih platform lain atau media sosial. Jadi, kalau orang tak kenal saya okay sahaja,” ujarnya.


 

Video tular bersama warga emas


Dalam pada itu, mengulas mengenai video tular memaparkan seorang

, Fasha berkata, wanita terbabit mahu menjodohkan dia dengan cucunya.



“Saya percaya mak cik itu tak perasan sebab tak bersolek. Mungkin kalau di TV saya selalu bersolek, jadi mungkin bila tengok saya sebegitu dia tak kenal. 

“Saya terkejut juga sebab ketika itu sedang buat ‘content’ untuk kedai sepupu saya, tapi mak cik itu pula mahu ‘kenenkan’ saya dengan anaknya. 


“Kemudian, anak mak cik itu datang minta maaf kerana ibunya tak kenal saya. Saya tak kisah pun kalau orang tak kenal, saya okay sahaja. Tak adalah saya anggap semua orang di Malaysia ini kenal saya,” katanya ketawa.



Dalam perkembangan, Fasha dan Aidil akan menguruskan cawangan baharu Kopi Saigon di MyTown, Cheras di sini dalam pelbagai sudut termasuk operasi, pemasaran, latihan dan sokongan teknikal.