Fattah Amin Saman RM5 Juta, Suami Elcah Akhirnya Bersuara

EntertainmentPolitics
5 Sep 2025 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Drama dunia hiburan makin panas bila pelakon popular, Fattah Amin, mengambil tindakan saman fitnah terhadap pasangan pempengaruh terkenal, Elcah dan suaminya, Afi Hamri.

Lebih mengejutkan, nilai saman tu mencecah RM5 juta!

Mahkamah arah Elcah padam hantaran fitnah Fattah Amin…

image is not available

Semalam, mahkamah tinggi memerintahkan dua pempengaruh berkenaan memadam semua hantaran berkaitan Fattah.

Ia selepas mereka didakwa menyebarkan cerita kononnya Fattah berlaku curang hingga berpisah dengan isterinya, Nur Fazura.

Selain memadam hantaran, Fattah turut menuntut pasangan itu membuat permohonan maaf secara terbuka di samping bayaran saman RM5 juta.

Afi minta orang ramai berhenti jadi hakim…

image is not available

Berdepan situasi getir ni, Afi tampil buka mulut di Threads. Katanya, hanya dia dan isterinya yang perlu hadap semua ni, bukannya orang luar.

Yang akan hadap aku dengan wife, bukan korang. Sepatutnya doa yang baik-baik, bukannya sibuk jadi hakim. Bersalah atau tidak, biarlah peguam aku buat kerja dan hakim yang tentukan. Kebenaran lambat-laun tetap akan……- Tulisnya.

Afi juga menegaskan dia serahkan sepenuhnya urusan kes tersebut kepada peguam, dan percaya kebenaran tetap akan muncul akhirnya.

image is not available

Pssttt! Bila melibatkan isu undang-undang, lebih baik kita serahkan pada mahkamah untuk tentukan kebenaran. Korang jangan cepat percaya atau jadi hakim di media sosial sebab kesannya boleh makan diri. Kadang-kadang, doa yang baik jauh lebih bermakna daripada kata-kata yang melukakan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.