Baru-baru ini, mahkamah mengarahkan sepasang suami isteri menurunkan hantaran berunsur fitnah terhadap pelakon terkenal, Fattah Amin, selain turut membuat permohonan maaf secara bertulis.
Perkembangan itu turut menarik perhatian pelakon Ruhainies yang menulis ringkas di Instastory, “Boleh jadikan contoh Soon, InsyaAllah.”
Jangan cepat percaya cerita
Ruhainies mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru masuk campur dalam isu peribadi orang lain.
“Apa-apa isu orang lain lepas ni, jangan komen atau masuk campur. Sebab yang tahu hanya Allah. Walaupun orang tu datang atau telefon sambil menangis cerita kisah sedih, kita pula jenis mudah simpati, tambahan lagi bila ada air mata, tapi kita tetap tak tahu kesahihan cerita.”
Baca juga:
Manipulasi emosi
Katanya lagi, manusia boleh menjadi begitu licik sehingga mampu memperdaya orang lain.
“Manusia boleh jadi sangat manipulatif dan licik sehinggakan kita sendiri tidak sangka. Saya yakin ramai antara kita ada pengalaman ini. Selalunya ada plot twist pada akhirnya.”
Ruhainies turut mengakui sifat simpati yang tinggi kadangkala membuatkan dia tersalah sangka.
“Saya juga manusia yang ada perasaan simpati yang kuat, lebih-lebih lagi terhadap wanita, tidak kira tua atau muda. Perkongsian ini bukan untuk sindir atau tujukan pada sesiapa. Saya pun bukan sempurna. Tiada siapa pun yang sempurna. Tapi kalau terasa, silakan sahaja.”


Kesabaran dan peringatan
“Tak mengapa, biarlah mereka senyum dahulu. Dalam hidup ini, sama seperti permainan catur, kebijaksanaan terletak pada kesabaran. Perjalanan dimenangi bukan dengan kelajuan, tetapi dengan langkah yang penuh pertimbangan.
“Tiada tindakan hari ini tidak bermakna tiada tindakan esok. Mungkin dalam setahun atau dua? Atau mungkin lebih cepat. Hanya Allah yang tahu.
“Tapi ingat, kalau bermain kotor, bersedialah untuk menerima akibatnya juga. Dan bila masa itu tiba, saya juga akan ingatkan supaya bersabar,” ujarnya.
The post ‘Jangan cepat percaya cerita sebelah pihak’ – Ruhainies appeared first on The Reporter.



