Fattah Amin Terkilan Dakwaan Tak Pedulikan Anak - “Tak Semestinya Setiap Hari Yang Saya Melawat Tu Nak Kena Upload”

8 Mar 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fattah Amin menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tiada masa untuk melawat anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
 

Terkilan dengan dakwaan

 


Menerusi sedutan video pendek yang dikongsi di hantaran Instagram Fattah Amin Official Fan Team (thefa_team), Fattah mengakui berasa terkilan dengan tuduhan itu seolah-olah dia mengabaikan anak sedangkan perkara tersebut tidak benar sama sekali.


 


“Muat naik di IGs (Insta Story) itu hanya semata-mata saya nak beritahu yang saya ada melawat anak saya. 


 


“Ada yang kata saya sibuk sangat bekerja, buat konten sana sini sampai tak ada masa melawat anak saya.


 

“Saya ada melawat anak saya cuma tak semestinya setiap hari yang saya melawat itu saya nak kena muat naik.
 
“Tapi bila dah keluar ayat-ayat yang mengatakan saya ini tak pedulikan Fatima, Fatima tak sihat pun tak pergi tengok, saya terkilan lah dengan benda itu.

 


“Terima kasih yang memahami, jangan salahkan siapa-siapa, jangan salahkan mana-mana pihak dalam hal ini,” jelasnya.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team)


Dalam perkembangan lain, Fattah tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.


 


Bidaah turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Vanidah Imran, Marisa Yasmin, Fathia Latiff, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.


 


Drama 15 episod itu telah pun ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac.