Fattah Amin tunai umrah bersama keluarga. 'Doakan urusan kami dipermudahkan'

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 10:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAMAT menunaikan umrah buat Fattah Amin yang baharu sahaja bertolak ke Tanah Suci.

Tidak keseorangan, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu turut membawa bersama ibu bapanya, Mohd Amin Musa, 58, dan Azizah Abdul Ghani, 56 serta adik-adik.

Malah mereka sekeluarga sempat bergambar di lapangan terbang sebelum bertolak ke Makkah.

image is not available

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, aktor berusia 34 tahun itu memohon titipan doa agar urusan ibadah tersebut dipermudahkan.

“Asalamualaikum semua. Doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah di permudahkan, dilindungi dan mendapat umrah yang mabrur insya-ALLAH,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkembangan berkaitan, Fattah baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama daging perap terkenal berkuat kuasa sejak 20 November lalu.

Sumber: Instagram