Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Sahaja Bercerai - “Kalau Dah Rasa Kosong Itu Petanda Memang…”

17 May 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian pelakon dan usahawan Nur Fazura di platfrom Thread miliknya yang membalas salah satu komen netizen mengenai perceraian menarik perhatian netizen.

Wanita kuat

Menerusi perkongsian netizen itu berharap dia mampu menjadi seorang wanita dan ibu tunggal yang kuat seperti Fazura selepas melalui fasa perceraian.

 

“Baru sahaja bercerai secara baik. Tak ada rasa apa. Kosong. Tetapi saya rasa lega. Dan harap saya kuat seperti Nur Fazura. Ibu tunggal yang kuat seperti dia,” tulis individu itu.

 

Menjawab perkongsian itu, Fazura berkata kekuatan itu akan datang dengan bantuan Allah selain menganggap perasaan kosong yang dirasainya itu merupakan satu keputusan yang nekad.

Kekuatan

“Awak akan kuat dengan izin dan bantuan Allah. Kalau dah rasa kosong itu petanda memang dah nekad sehabisnya. Ia adalah yang terbaik.

 

“Sekurang-kurangnya saya cakap kepada diri sendiri. Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati. Amin. Hugs and love,” balas Fazura.

 

Rata-rata netizen memuji tindakan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang menitipkan kata-kata semangat kepada orang lain.

Untuk rekod, Fazura pernah berkahwin dengan Fattah Amin pada 2017 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.

 

Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja.