Pernah Terkesan Dengan Komen Negatif Di Sosial Media, Fazura Akui Kini Lebih Kuat - “Alhamdulillah…”

8 Nov 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan penyanyi Fazura akui pernah terkesan dengan komen negatif yang diterima di sosial media.

Lebih kuat

Bagaimanapun, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu pada ketika ini dia lebih cekal untuk menerima komen negatif daripada netizen. 

“Pasti, tapi sekarang tidak lagi. Lebih kuat alhamdulillah,” ujarnya ketika menjawab soalan adakah pernah terkesan dengan komen negatif yang diterima di sosial media. 

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi satu permainan ‘Ya atau Tidak’ bersama Sea Today News. 
 

 

Terdahulu, Fazura tampil membuat penampilan sulung buat pertama kali dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin 7 Oktober lalu.

Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Sumber: Sea Today News