Felda lantik firma audit bebas teliti isu FGV

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 1:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Felda lantik firma audit bebas teliti isu FGV

PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad (FGV) telah melantik sebuah firma audit bebas untuk melaksanakan audit forensik melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Felda.

Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam satu kenyataan berkata, proses pelantikan firma audit bebas itu sedang giat dijalankan ke atas beberapa buah lagi anak syarikat yang lain.

“Pelantikan ini dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju Felda 2030.

“Langkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap tadbir urus Kumpulan Felda demi kelestarian agensi tersebut,” katanya hari ini.

Dalam masa sama, Felda juga akan terus meneliti keperluan untuk melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh ke atasnya dan semua organisasi di bawah Kumpulan Felda.

“Sebagai rekod, inisiatif pengauditan forensik terhadap Felda telah mula dilaksanakan sejak tahun 2019. Felda sebelum ini telah melantik Tetuan Ernst & Young (EY) dan dapatan laporan audit berkenaan telah pun dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih Felda pada tahun 2020.

“Pelaksanaan audit terbaharu ini mencerminkan komitmen berterusan pengurusan Kumpulan Felda dalam memperkukuh aspek tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi.

“Felda kekal tegas dengan pendiriannya untuk memastikan kepentingan organisasi serta kesejahteraan peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara,” katanya. – UTUSAN

The post Felda lantik firma audit bebas teliti isu FGV appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved