Fenomena bulan madu Fattah, Amira jadi tontonan peminat

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 6:19 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Bulan madu pasangan sensasi, Fattah Amin dan Amira Othman di Eropah kini bukan sekadar momen romantik, tetapi turut mencetuskan fenomena tontonan langsung (live) dalam kalangan peminat di media sosial.

Sejak sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu, hampir setiap perkongsian mereka menjadi “tayangan wajib” bagi pengikut setia.

Menerusi beberapa rakaman live yang tersebar, pasangan ini dilihat mesra bergambar di lokasi ikonik Switzerland, sekali gus membuatkan ribuan peminat terpaku menyaksikan keintiman mereka.

Lebih mencuri perhatian, Fattah dilihat sering memanggil Amira dengan panggilan manja seperti “sayang” dan “b”, yang mencetuskan gelombang komen serta gurauan warganet. Ada yang mengakui senyuman pasangan baharu itu membuatkan mereka seakan turut merasai kebahagiaan tersebut.

“Ambil sahaja lah bumi ini,” tulis seorang pengguna, menggambarkan betapa romannya pasangan itu di mata peminat.

Selain luahan kagum, ramai juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar rumah tangga pasangan selebriti ini kekal hingga ke syurga. Tidak kurang juga yang menyifatkan kisah cinta mereka ibarat “love story moden” yang tidak diduga, mengingatkan kembali kepada ciapan lama Amira mengenai Fattah yang tular sebelum ini.

Fenomena bulan madu Fattah dan Amira jelas menunjukkan bagaimana perkahwinan selebriti mampu menjadi tontonan kolektif, malah menghiburkan hati pengikut mereka yang setia menanti setiap detik bahagia itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved