Feri bertembung kapal: Siasatan peringkat akhir

16 Sep 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Feri bertembung kapal: Siasatan peringkat akhir

GEORGE TOWN – Laporan siasatan berhubung pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang pada 1 September lalu dijangka diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) bulan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, siasatan kini berada pada peringkat akhir dan laporan berkenaan akan dikemukakan sebaik proses tersebut selesai.

“Siasatan sudah sampai ke tahap akhir. Kita akan kemukakan (laporan akhir) kepada MOT secepat mungkin selepas selesai siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Keretapi Sarong George Town 2026 di Muzium Feri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Ditanya sama ada punca pelanggaran sudah dikenal pasti, Yeoh berkata, perkara itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Sebelum ini, satu Jawatankuasa Siasatan Bersama ditubuhkan membabitkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) bagi meneliti insiden berkenaan secara menyeluruh.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam, 1 September lalu, Feri Teluk Bahang yang sedang dalam perjalanan ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH) berlanggar dengan MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang, menyebabkan sSeramai 21 penumpang feri dilaporkan mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

The post Feri bertembung kapal: Siasatan peringkat akhir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved