Siasatan insiden perlanggaran kapal tangki, feri di peringkat akhir – SPPP

16 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siasatan insiden perlanggaran kapal tangki, feri di peringkat akhir – SPPP

GEORGE TOWN : Siasatan berhubung insiden perlanggaran kapal tangki, MV Mekar Jaya dan Feri Teluk Bahang pada 1 September lalu kini berada pada peringkat akhir.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, sebaik sahaja selesai, pihaknya akan mengemukakan laporan penuh berhubung insiden itu kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Kita telah sampai ke peringkat akhir (siasatan) dan selepas siasatan habis, kita akan hantar laporan akhir kepada MOT. Secepat mungkin,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Keretapi Sarong 2026 di Muzium Feri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, Feri Teluk Bahang dikatakan dalam perjalanan menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH) manakala kapal tangki terbabit pula dilaporkan dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam, Butterworth menuju ke Terminal Persiaran Swettenham.

Akibat perlanggaran itu juga, seramai 21 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan mengikut laporan awal, namun, hampir semua yang cedera itu disahkan tidak serius dan dirawat sebagai pesakit luar sahaja.-UTUSAN

 

The post Siasatan insiden perlanggaran kapal tangki, feri di peringkat akhir – SPPP appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved