Feri terkandas di Kuala Perlis, tersangkut pukat nelayan

21 Oct 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Feri terkandas di Kuala Perlis, tersangkut pukat nelayan

LANGKAWI – Sebuah feri penumpang dari pulau ini terkandas di perairan Kuala Perlis dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan di alur pelayaran pengangkutan air itu, pagi ini.

Pengurus Operasi Konsortium Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, feri tersebut berlayar dari Langkawi pada pukul 9.30 pagi tadi dan sepatutnya tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada pukul 10.30 pagi.

“Ketika ini (1.30 tengah hari) kita dalam usaha memindahkan 251 penumpang untuk dibawa ke Terminal Feri Kuala Perlis. Feri tersebut dipercayai tersangkut pada pukat nelayan yang dipasang secara melintang di alur pelayaran, tidak jauh dari terminal Kuala Perlis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan feri yang terkandas tersebut, perjalanan feri dari Kuala Perlis pada 12.30 tengah hari tadi juga terpaksa dibatalkan.

Tambahnya, pihaknya akan membuat laporan polis berkaitan insiden itu kerana telah mencemarkan imej dan menyebabkan kerugian pada operator feri.

Sementara itu, seorang penumpang yang juga penduduk Langkawi, Zue Hassan, 50, berkata, dia menghubungi Jabatan Laut kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi bagi meminta bantuan.

“Ketika ini ada dua buah bot milik polis dan nelayan yang membawa keluar kanak-kanak dan warga emas secara berperingkat. Saya sepatutnya ada urusan di Sungai Petani tetapi saya diberitahu feri terkandas kerana ada pukat nelayan yang diletakkan di laluan feri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Feri terkandas di Kuala Perlis, tersangkut pukat nelayan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved