“Fesyen style apa ni?”- Ramai Pelik Tengok Cara Individu Ini Berfesyen, Pakai Kasut Ada ‘Sangkar’ Tikus

Entertainment
18 Feb 2024 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang wanita di bandar New York telah menjadi perhatian ramai apabila dia menggayakan fesyen unik dan agak pelik di negara Amerika Syarikat itu.

Dalam video yang tular di Instagram, dia dilihat memakai kasut but tinggi yang mempunyai ‘sangkar’ tikus.

Memetik laporan New York Post, ada warganet yang melihat fesyen pelik itu berpendapat bahawa fesyen berkenaan boleh menyebabkan penganiayaan terhadap binatang.

image is not available

Walau bagaimanapun, tak dapat nak dipastikan jika tikus di dalam kasut sangkar wanita itu adalah haiwan hidup atau tikus palsu.

image is not available

Namun, dalam video yang tular di Instagram whatnywears, tikus itu sepertinya bukanlah haiwan yang sebenar atau hidup kerana tikus tersebut dilihat seperti tidak bergerak.

Korang boleh tengok video fesyen ‘unik’ ini di akaun Instagram whatnywears dan Instagram inmyseams

Hmmm, style fesyen apa pun tak tahu la dorang ni…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.